Sunday, September 29, 2013

Siapakah Ciptaan-Nya ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakhatuh,

Salam Pembuka Bicara. Hari ini 29 September 2013 terdetik hati untuk membuka bicara berkongsi mengenai siapakan Ciptaan-Nya (Allah S.W.T) ini.

Hari ini manusia ini adalah seorang yang amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berkongsi siapakah diri ini. Saya Shukri Bin Husain sekarang berumur 27 tahun dan seorang "Owner" merangkap "Managing Director" bagi sebuah syarikat diberi nama PRIMA SOLUTION TECHNOLOGY. yang mula mengorak langkah melebarkan empayar perniagaan di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah Usahawan yang berjaya untuk menjalankan perniagaan yang pantas dan membolehkan menyelesaikan masalah 300% dalam menguruskan perniagaan yang efisyen yang boleh menjana pendapatan melebihi RM 1,000.000.00   dengan mengunakan kaedah membangunkan perisian aplikasi komputer yang berteknologi tinggi berteraskan laman sesawang.
Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai apa KEPAKARAN yang Allah S.W.T berikan kepada saya. Ayuh kita lihat siapakan diri saya.
Shukri Husain 2012

Saya ulangi sekali lagi. Saya Shukri Bin Husain. berumur 27 Tahun. Diputera di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Banggol Enggok, yang bermukim di Malau, yang mana dialamatkan di Kulim tetapi segala urusan berlaku di Baling.

Ayuh kita kembali ke Zaman Persekolah saya yang mana dahulu saya disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Kg Selarong yang mana pada tahun 86 tersebut saya merupakan murid yang terus masuk ke Tahun 1 tanpa pernah ada peluang untuk mengikuti pengajian Pra Sekolah, mahupun TASKI.

Okey, ayuh kita cepat proses persekolah. Selepas Tamat Tahun 6 dengan keputusan UPSR pada masa tersebut 2A, 2B dan 1C yang mana saya merupakan seorang yang bijak Matematik (Ilmu Hisap) dan Bahasa Melayu dan teramat kurang bijak dalam "English". selepas tamat persekolah sekolah rendah saya naik ke tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas di sekolah Menengah Kebangsaan.

Sambung nanti yer nak pergi sambung kelas Dr Azizan Osman.