Wednesday, October 2, 2013

Blog ku Blog Mu Jua.

Disini boleh dilihat beberapa jenis blog yang boleh dibuat secara percuma.



1.Blogger

Blogger atau dirujuk juga sebagai Blogspot adalah satu blog hosting percuma yang ditawarkan oleh Google dan ianya dianggap satu platform yang paling mudah dan pantas untuk digunakan. Jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan dunia blog dan inginkan sesuatu yang percuma.
Oleh kerana Blogger adalah sebuah produk Google, ianya dapat di integrasikan dengan produk Google yang lain seperti Google Docs, Adsense, Analytics, Google+ dan lain-lain.
Pengguna yang mebuat blog menggunakan Blogger akan diberikan subdomain dalam format berikut : namablog.blogspot.com. Walaubagaimanapun, Blogger membenarkan anda untuk menukarnya ke nama  subdomain lain . contoh URL : WWW.blogger.com.


2.Wordpress.com

Kedua adalah Wordpress.com turut menjadi pilihan pengguna kerana jumlah themes dan plugins yang ditawarkan kepada pengguna. Selain itu, Blog yang menggunakan Wordpress.com telah pun mencecah lebih 70 juta di seluruh dunia.  

Pengguna yang membuat blog menggunakan Blogger akan diberikan subdomain dalam format berikut : namablog.wordpress.com. Walaubagaimanapun, Wordpress.com membenarkan anda untuk menukarnya ke nama domain (domain name) pilihan anda sendiri dengan bayaran US$12.00 setahun.
Contoh URL : http://wordpress.com/ .



3.Blog.com

Ketiga, Blog.com juga turut menawarkan blog hosting percuma berasaskan Wordpress. 

Pengguna akan diberikan ruang simpanan (storage space) sebanyak 2GB untuk anda meletakkan fail imej, video atau muzik. Anda boleh menambah ruang simpanan ini dengan kadar bayaran bergantung kepada saiz ruang simpanan yang anda mahukan iaitu tambahan 10GB, 20GB ataupun 30GB.

                Pengguna yang membuat blog menggunakan Blog.com akan diberikan subdomain dalam format berikut : namablog.blog.com. Walaubagaimanapun,Blog.com membenarkan anda untuk menukarnya ke nama domain (domain name) pilihan anda sendiri dengan bayaran US$18.00 setahun.
contoh: URL : http://blog.com.

 4.Tumblr

                Keempat, Tumblr adalah blog hosting percuma yang memfokuskan kepada foto blog ataupun blog peribadi. Terdapat beratus-ratus themes  Tumblr yang menarik untuk anda pilih. Themes Tumblr ini adalah antara themes yang paling menarik dalam dunia blog dan ianya membolehkan blog anda kelihatan lebih menyerlah berbanding yang lain.

                Selain itu, fungsi cross posting membolehkan post yang anda tulis di Tumblr dipaparkan terus ke akaun Twitter atau Facebook anda. Pengguna yang membuat blog menggunakan Tumblr akan diberikan subdomain dalam format berikut : namablog.tumblr.com. Walaubagaimanapun, Tumblr membenarkan anda untuk menukarnya ke nama domain (domain name) pilihan anda sendiri.
Contoh: URL : www.tumblr.com.

5.Posterous Space

Kelima, Posterous merupakan satu lagi blog platform yang mudah digunakan. Ianya telah ditubuhkan pada bulan Mei 2008 dan dibiayai oleh syarikat Y Combinator.Antara keunikan Posterous ialah pengguna boleh menulis post menerusi email sahaja dengan menghantar post tersebut ke alamat email post@posterous.com.


 Selain itu, Posterous turut menawarkan perkidmatan URL shortener mereka sendiri iaitu post.ly.
Pengguna yang membuat blog menggunakan Posterous akan diberikan subdomain dalam format berikut : namablog. posterous.com. Walaubagaimanapun, Posterous membenarkan anda untuk menukarnya ke nama domain (domain name) pilihan anda sendiri.Contoh URL : http://posterous.com/


Jom Kongsikan Blog Anda Hari ini di ruangan comment supaya sama kita link each other





No comments:

Post a Comment