Tuesday, October 1, 2013

Berputiknya Cinta Sang Teruna

Alhamdulillah, Selesai Hari ini Kursus IJI di PWTC, Esok masih ada sehari "Mastermind  Coaching" dari Dr Azizan Osman. Pakar Pemasaran No.1 Dunia.

Hari ini terdetik hati nak berkongsi kisah pengalaman silam di semasa di Zaman Sekolah Menengah. Kita Lihat ramai hari ini adik - adik kita atau anak kita lebih maju sekarang dengan kehadiran kita di sekolah. Mana tidaknya. mereka menaiki motosikal ke sekolah. ada juga tidak kurang hebatnya menaiki kereta sendiri ke sekolah. kalau bab mengenai telefon tak payah cerita la. Hampir Setiap pelajar sekarang mesti mempunyai telefon bimbit ke sekolah.

Teringat zaman persekolahan dahulu apabila tamat darjah 6, dan hari pertama nak mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar. Bak kata Dr Azizan. Besar La Sangat.. hihihi.. Im Just Kidding. Sebulan sebelum masuk ke sekolah Ayah & Mak ni akan sibuk membelikan pakain sekolah baru kasut baru. ye lah semua kena tukar baru sebab seluar dah warna hijau tua dan saya berat badan masa tu 80kg ... hehehe..

Ingat lagi masa tu Ayah menjalankan perniagaan Ayam Daging. Bukan main banyak ayah bela ayam dan jual Ayam. saya ni apa lagi budak budak lagi la katakan pada masa tersebut. Makan la ayam Daging hari - hari demi hari makan ayam. Always Pagi Ayam, Tghari Ayam, Petang Ayam, Malam Ayam dan akhirnya berjaya saya sampai sekarang 110KG Berat badan yang dipenuhi ayam ayam ayam .. hihi .Sekarang pun apa yg paling sedap mesti ayam.

Ok kita sambung bab sekolah tadi. Hari Pertama Ayah hantar ke sekolah. Perg memang takut gilew. Badan jer besar org katakan.. hehehe So lepas tu lama lama saya ok lah. dah pada Tingkatan 1 kawan kawan memperkenalkan saya dengan seorang perempuan. konon kononnya nak couple la nih. so dah kena usik n everything so kami couple la. Ini lah Monkey Love pertama saya. so pagi tu kami pun declare la couple. seronok ni jalan jalan pergi mkn, minum bersama .. hihi couple la katanya.. haha. ok pada malam harinya saya pun call la "Girl Friend Monkey Love" ni. then sembang-sembang terus bab kawin.. hahahaha gedikkan aku.. hahah. then  selepas sejam sembang cakap dye bagi tau. Sebenarnya dye xnak couple lagi sebab masih muda dan nak menumpukan pada pelajaran..Ayuh sedih dan pada malam tu kami berpisah. HA!!! amik ko Cinta Pertama . ambik masa tak sampai 1 hari dah putus. Jadi dah putus saya pun xper lah pergi ke sekolah. then kami sekelas tetapi tak bercakap sehingga kami tingkatan 3 dan dia berhijrah ke sekolah teknik. dan tinggal saya disitu dan masih kami x bercakap.

Ok habis Bab Cinta. Kita Masuk Bab lain pulak. tetapi saya nak sambung buat kerja dahulu. tunggu saya sambung di post akan datang.

SHUKRI BIN HUSAIN
Pakar Menyelesai Masalah Usahawan  untuk m meningkat nama syarikat Usahawan menjadi Gah terama dan terbilang dengan formula membangunkan laman sesawang sendiri yang BOOM dan mengaut keuntungan berjuta ringgit.

No comments:

Post a Comment