Hari ini aku dapat rasakan perubahan dalam diriku. Terdapat sesuatu yang ku cari selama ini telah kutemui. walaupun rasa itu adalah amat pedih dan perit untuk ku lakukan. Terngiang - ngiang di ingatan Dr Azizan Said: Banyak Dugaan will come kepada orang yang berjaya. Jangan pandang ke belakang just move forward.
Dulu di zaman persekolah sekolah menengah aku bercita - cita hendak menjadi pemimpin berkaliber.
bermula kisah di sekolah rendah hingga tingkatan 4 di sekolah menengah apabila dilantik dan terus dilantik sebagai Ketua Kelas. ini mungkin kerana saiz badan yang diperlihatkan mereka terhadap diriku. Big Saiz XXXL la katakan. Hahaha jadi Ketua Kelas biasala kena la jaga penampilan dan tahap kecomelan.
Semasa diasrama masuk lah aku semasa tingkatan 2 kerana aku fikir lebih senang untuk aku berkomunikasi dan rapat dengan cikgu dan mungkin kinginan ku yang tebal menyebabkan mak dan ayah membenarkan aku ke Asrama.
Tahun pertama diasrama, Alahmdulillah tidak la kena buli sangat kerana biasa la badan xxxl mana orang nak buli.. hihihii.. :) Dalam tempoh masa di tingkatan 3 hingga 5 berbagai jawatankuasa ketua biro disandang. antara memegang jawatan biro agama, biro sukan, (Ayoo Gemok mcm ni orang bagi aku ketua biro sukan.) penerbitan majalah sekolah. kelab kebajikan,
pembimbing rakan sekolah (Paling aktif dan minat) dan pada tingkatan 5 dan 6 bawah dan atas terus memegang jawatan Ketua Asrama bagi 3 tahun berturut - turut.. rekod ni... paling lama 1 tahun sebelum tu.
Selepas tamat persekolah di secondary school n high school (tingkatan 6) maka tamat lah sesi persekolah.
peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah semasa di tingkatan 4.Ada kisah menarik yang ingin saya kongsikan iaitu bagaimana saya dianggap syirik semasa belajar, tetapi bukan hari ini akan sya berkongsi mengenai hal tersebut.
Walaubagaiman pun naiwaitu saya adalah ingin membantu sebeberapa ramai orang yang nak saya bantu untuk kerjaya mereka dengan formula peningkatan kualiti hidup dan saya nak bantu ramai usahawan diluar sana meingkat hasil jualan berkali kali ganda dengan membangunkan sistem aplikasi web yang meletop letop.
Yang Ikhlas
SHUKRI HUSAIN
No comments:
Post a Comment