Thursday, October 3, 2013

Datuk Paduka Punya Cerita

Bismillahirahmanirahim,

Hari ini Alahmdulillah ada juga masa untuk berkongsi dengan semua, perjalanan aktiviti semalam adalah amat pedih dan menyeronokkan. semalam bermula dengan bangun pagi hadir ke pejabat dan menyiapkan beberapa proposal untuk pembentangan hari tersebut. Beberapa kali terusik jiwa terkenang kisah yang berlaku. Apakah Ia tunggu post selepas ini.

Semalam saya telah hadir kepejabat seperti biasa dan sempa berkongsi pengalaman semasa berada di IJI bersama pelatih industri yang menjalankan latihan intership di syarikat saya.
The Word "The more you give, The More you get back" telah saya kongsi dan ilmu penulisan blog membantu mereka sekarang.

Pada sebelah tengaharinya saya hadir ke Mesyuarat di Pejabat Tanah Kuala Muda, Sg Petani. Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan kerumitan dan masalah yang mereka hadapi selama bertahun tahun. Pejabat Tanah di seluruh malaysia mengalami masalah dalam sistem filing mereka. mereka mengambil masa sehingga 7 Tahun untuk menghapuskan sesuatu fail. Jadi Masalah kedudukan sesuatu fail lokasi dan siapa yang mengambilnya berjaya dilaksanakan dengan solusi pembinaan sistem komputer bersepadu yang mana dapat mengenalpasti dimana lokasi fail tersebut dalam masa kurang 5 saat.

Alhamdulillah saya dapat mengembirakan hati Staff disitu dan pelanggan mereka yang berurusan disitu dengan sistem yang ada.

Selesai aktiviti disitu berjumpa seorang Datuk Paduka. yang mana saya membantu Datuk Paduka menyelesaikan masalahnya mempromosi perniagaan beliua dengan pembinaan laman sesawang syarikat berliau. pertolongan saya amat dhargai beliau sehingga saya ditawarkan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat beliau. Rezeki kan... Kuasa Allah . Saya bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan.
saya mendoakan pembaca yang membaca akan diberkati dan dilimpah rezeki melimpah ruah.

Selesai aktiviti dan hari ini hasil daripada perkongsian semalam bersama Pelatih Industri. Hari ini salah seorang telah membuat makanan untuk diberikan makan kepada semua staf. Ya Allah, Engkau murahkan rezekinya Ya Allah.

Itu lah perkongsian saya hari ni. yang mana disini saya rungkaikan beberapa perkara penting iaitu,
1. The Power Of Give
2. The Power Of Willing Help
3. The Power Of Networking
4. The Power Of Resources.

No comments:

Post a Comment