Monday, October 7, 2013

STRESS DI OFFICE...

Meningkatkan tahap motivasi tenaga pekerja merupakan salah satu daripada fungsi penting pengurusan kanan dan setiap pengurus dan penyelia di organisasi anda.Ia juga perkara yang amat penting di bawah pengurusan sumber manusia. Pekerja yang kurang motivasi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya akan menjadi beban kepada organisasi serta memberi masalah kepada pengurus atau penyelianya. 

Pekerja seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk melakukan perkara yang tidak sejajar dengan matlamat organisasi anda. Adalah jelas bahawa motivasi pekerja amat penting untuk menjayakan rancangan-rancangan organisasi anda.

Prestasi pekerja sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan mengenai tugas dan motivasi. Dengan erti kata lain, pekerja yang produktif ialah pekerja yang tahu akan komitmen dan tanggungjawabnya serta mempunyai semangat yang kuat untuk bekerja.

Semangat mahu bekerja perlu dipupuk dalam sanubari pekerja dengan memberi kesedaran kepada pekerja terhadap kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Dengan ini, pekerja tersebut akan dapat membina sikap yang positif dan mengikis sikap yang negatif. Ini secara tidak langsung pekerja akan dapat menyumbang secara efektif dan efisien kepada organisasinya untuk lebih berdaya saing ke arah mencapai kecemerlangan.

APA YANG HARUS DILAKUKAN

Memberi peluang kepada pekerja  untuk meningkatkan produktiviti dan peranan aktif pekerja sebagai penyumbang produktiviti sesebuah organisasi

Memelihara hak-hak kepentingan organisasi secara adil dan berkesan. Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar bagi membolehkan penyertaan pekerja yang berkesan dalam pembangunan organisasi

Melaksanakan program-program yang berkesan dan dapat mempertingkatkan tahap keyakinan diri terhadap kebolehan/potensi serta keupayaan/kemampuan dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan ilmu dan kemahiran diri bagi pekerja.

KEPAKARAN KAMI DENGAN PROGRAM INTENSIF PENGURUSAN ORGANISASI

Program motivasi selama tiga hari ini disediakan khusus untuk mencapai objektif-objektif berikut:-

ü     Memberi perangsang dan semangat untuk lebih berusaha dalam menjalankan pekerjaan serta tugas tugas dan tanggungjawab seharian;

ü  Memberi kesedaran betapa pentingnya pekerjaan itu di dalam membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan diri dan keluarga;

ü     Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada para peserta untuk memahami  teori dan teknik motivasi dalaman dan luaran yang berkesan di samping  meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalaman dari segi kehidupan sempurna di tempat kerja;

ü     Menanamkan rasa cinta kepada diri dan organisasi dalam usaha untuk mencapai  visi dan misi organisasi di dalam mempertingkatkan produktiviti dan profitabiliti.

PENGISIAN PROGRAM

Pengisian program ini dibahagi kepada 3 fasa seperti berikut:

Fasa 1 : Peningkatan pekerja dalam aktiviti seharian
Di sepanjang fasa ini, peserta yang terpilih akan diberikan penekanan mengenai Pekerja yang efektif juga sedar terhadap had kemampuannya, tetapi sentiasa mencari apa yang dapat dilakukan. Sementara yang lain masih merungut, pekerja yang efektif keluar dan bertindak. Akibatnya, ada antara had kemampuan asal dapat diatasi. Pekerja yang efektif akan mencari perkara-perkara ini. Mereka pasti sedar ada pelbagai perkara yang dapat dilakukan sehingga tidak cukup sumber dan masa bagi melakukan kesemuanya.

Fasa 2 : Peningkatan pekerja dalam persekitaran
Semasa fasa ini, peserta akan menjalani latihan berperanan menyentuh elemen terpenting dalam kredibiliti selain daripada personaliti, menepati janji, kepakaran dan efektif ialah pengurusana masa. Ramai dikalangan kita yang mengakui akan kelemahan dalam menguruskan masa mereka. Walaupun menyedari akan kewujudan kelemahan tersebut, namun masih ramai yang seakan merelakan dan membiarkan tabiat itu menjadi tabiat yang serasi dengan diri mereka.. Namun sebelum itu, mari kita semak apakah punca yang biasa menjadikan kita seorang yang lemah dalam pengurusan masa di tempat kerja

Fasa 3 : Peningkatan pekerja dalam kerjaya
Semasa di peringkat ini, setiap peserta akan diterapkan dengan modul kerjaya dalam seharian, cabaran dan cara mengatasi. Peserta akan mengadakan permainan  Latihan Dalam Kumpulan (LDK)



KELEBIHAN PROGRAM 
Antara kelebihan program ini adalah:

Meningkatkan Motivasi Melalui Pengurusan Prestasi
ü  Kitaran pengurusan prestasi
ü  Mengurus prestasi secara profesional
ü  Memuji dan mengkritik secara objektif
ü  Meningkatkan prestasi melalui bimbingan sistematik
ü  Ganjaran dan hukuman berasaskan prestasi
Meningkatkan Motivasi Melalui Pembangunan Kerjaya
ü  Pembangunan dan pembelajaran berterusan
ü  Pengkayaan dan penggiliran tugas
ü  Pembangunan dan peningkatan kerjaya
Meningkatkan Motivasi Pekerja Bermasalah
ü  Jenis dan punca pekerja bermasalah
ü  Strategi menangani pekerja bermasalah

ü  Meningkatkan motivasi melalui kaunseling dan nasihat

LAWATI UNTUK LIHAT GAMBAR PROGRAM 

No comments:

Post a Comment