Monday, October 7, 2013

Bergegar Luruh Jantung

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian, pertama kali saya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan nafas untuk bernyawa dan berkongsi kisah kehidupan saya. Saya mulakan dengan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah S.W.T kerana hari ini adalah titik permulaan baru dan mungkin ini akan merubah corak kehidupanku selama ini. Dengan pegangan Ilmu Allah yang amat cetek kehidupan terus berumbang ambing dengan rasa bersalah kepada diri sendiri. Aku alpa mengucapkan syukur kepadaNya dan berterima kasih dan mengucapkan tanda sayang kepada seluruh anggota badanku yang banyak berjasa kepada diriku, Ayuh sama - sama kita ucapkan Terima kasih dan I Love You pada seluruh anggota badan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Bunyinya mudah bukan! namun jika kita lihat tanda kita setiap bulu roma kita pun berfungsi untuk kebaikan kita.

Jom kita tengok bahagia kepala kita dahulu


RAMBUT
-  berfungsi sebagai pelindung kepala daripada sinaran matahari dan keadaan yang membahayakan kepala. ramai yang tak menyangka fungsi rambut kepada amat besar. sebelum saya menerang lebih detail kepada kita perlu berterima kasih kepada rambut dan kepala kita jom kita lihat anggota lain dibadan kita yang ada di bahagian kepala dan fungsi - fungsinya,








KEPALA
- Merupakan pelindung kepada otak . Otak berfungsi sebagai pengawal keseluruhan pergerakan anggota badan .


HIDUNG

- Merupakan  salah satu deria yang terpenting dalam kehidupan manusia. Ia  berfungsi mengenalpasti bau di sekeliling kita.




 LIDAH
- Merupakan deria rasa bagi manusia . Lidah berfungsi mengesan rasa masin , pahit, manis , dan masam dalam makanan .Selain itu lidah juga berfungsi  untuk bertutur  .



 TELINGA

- Merupakan satu anggota  badan yang berfungsi untuk mendengar  .






MATA

-Merupakan  anggota terpenting .  Ia berfungsi  untuk penglihatan manusia..






 PERUT

-  Merupakan organ pencernaan manusia. Tanpa  organ ini kita tidak akan dapat makan dan minum.









KAKI
- Merupakan anggota yang membantu manusia berjalan. Kaki juga berfungsi sebagai penyokong badan manusia.



  TANGAN
-  merupakan anggota  badan manusia  yang berfungsi untuk memegang benda.



GIGI
- Berfungsi untuk mengunyah makanan dan memudahkan proses pencernaan yang akan dijalankan oleh perut manusia.

Jom Kita lihat lagu dibawah. Terima Kasih Tuhan. Mawaddah.


Sekian

No comments:

Post a Comment